SEJARAH PENUBUHAN
Produk-produk HILAL dikeluarkan pada tahun 1990 oleh Zinon Food Industry Enterprise. Ketika itu, Perencah Serbaguna HILAL merupakan produk pertama yang dihasilkan secara kecil-kecilan. Mendapat respon positif dari kalangan pengguna, pengasas HILAL dan Zinon Food Industry Enterprise, En. Zinol A’bidin Bin Daud bertekad mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Berkat dari usaha gigih semua pihak yang terlibat, pada tahun 2007, Zinon Food Industry Enterprise telah dinaiktaraf menjadi Zinon Food Industry Sdn Bhd. Sejak dari itu, pelbagai penyelidikan dan pembangunan telah dijalankan untuk menambah baik kualiti dan penghasilan produk. Zinon Food juga telah menerima pengiktirafan seperti pensijilan HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) dan Good Manufacturing Practise (GMP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Zinon Food juga menerima pelbagai anugerah seperti 5S Budaya dan Produk Buatan Malaysia. Pada tahun 2020, Zinon Food telah menerima Sijil Pengesahan Muzakki dan logo Sahabat Zakat Kedah dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai penghargaan dan sokongan kerana telah menunaikan tuntutan zakat perniagaan.
Kini, Zinon Food telah berjaya menghasilkan sebanyak 15 produk di bawah jenama HILAL dan IMAN dan telah dipasarkan di seluruh Malaysia. Zinon Food berhasrat untuk meningkatkan lagi produk-produk HILAL supaya jenama HILAL berjaya menjadi sebuah jenama yang utuh di Malaysia.